Lama betul rasanya mama menyepi..last sekali update bulan Ogos..ish ish..apa nak jadi ye..
Ni sampai dah masuk musim tengkujuh dah, hari-hari hujan kan sekarang..kalau tak petang, pagi subuh dah hujan. Alhamdulillah, hujan pun satu rahmat juga. Cuma yang mana nak pergi kerja naik motor terpaksa la berbasahan..atau yg mana nak naik kereta ke ofis, kena la bergerak awal lagi sebab takut traffic jammed..heh!
Bagi mama yang bekerja di rumah ni, hujan ke panas semuanya sama. Mungkin mencabar sikit bila time nak menjemur baju, tapi itu la gunanya ada dryer kan..haha!
Kepada yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, November dan December ni mungkin masa yang sesuai untuk bawa anak berjalan sebab sekolah pun dah cuti kan?
Jadi ke mana arah tujuan masing-masing cuti sekolah ini? Untuk yang tak mempunyai cuti panjang dan bajet terhad, boleh la cuba menanam pokok. Tak kira la pokok bunga atau pokok sayur, pokok buah pun ok.
Ini hasil tanaman bunga ros mama seni sejak awal tahun. Pokok-pokok ni dah pernah di cantas secara keseluruhan 2 bulan yang lalu akibat kekurangan air dan belaian..hehe! Habis semua kecut kering jadi mama zass je kebanyakan ranting dan daunnya. Sembur baja foliar dan letak baja di tanah seminggu sekali.
Dengan hujan yang turun sepanjang hari sebulan yang lalu, maka berbunga dengan meriah pulak pokok-pokok ros ku. Seronok kan?






